Kelebihan Lean Six Sigma Kepada Graduan Baharu

Semakin ramai calon yang layak bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang sama dengan anda. Oleh yang demikian, bagaimana anda membezakan diri dari calon lain?

16 March 2022

Kelebihan Lean Six Sigma Kepada Graduan Baharu

Setelah menamatkan pengajian di kolej dan memperoleh ijazah, anda pasti sudah mempunyai idea bagaimana hala tuju anda selepas tamat pengajian. Sebagai graduan baharu, sudah pasti anda ingin memulakan kerjaya secepat yang mungkin dengan menghantar beberapa permohonan ke beberapa syarikat yang menawarkan kerja yang menarik minat anda. Sejurus permohonan anda dihantar, anda pastinya akan menunggu panggilan mahupun tawaran kerja, namun yang demikian setelah beberap minggu menunggu. Minggu bertukar menjadi bulan namun anda belum mendapat sebarang panggilan balik ataupun temu duga.

Semakin ramai calon yang layak bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang sama dengan anda. Oleh yang demikian, bagaimana anda membezakan diri dari calon lain? Bagaimanakah anda membezakan diri, kemahiran, dan segala ilmu pengetahuan yang anda perolehi untuk menyampaikan kepada bakal majikan bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk pekerjaan tersebut? Anda harus mempunyai ilmu pengetahuan lebih ataupun lain dari calon yang lain untuk memberikan satu impak yang bagus di dalam resume anda.

Oleh yang demikian, sebagai seorang graduan baharu amat penting untuk menambah ilmu pengetahuan seperti Lean Six Sigma. Hal ini demikian kerana, Lean Six Sigma merupakan satu ilmu pengetahuan yang universal dan boleh diaplikasikan di mana-mana industri. Terdapat beberapa kelebihan Lean Six Sigma ini kepada graduan baharu.

Apakah itu Lean Six Sigma? Gabungan prinsip Lean dan Six Sigma menyediakan pendekatan yang sistematik dengan menggabungkan alat untuk membantu pekerja membina kebolehan dalam penyelesaian masalah yang dihadapi di syarikat. Prinsip Lean dan Six Sigma berdasarkan oleh kaedah saintifik dan metodologi penambahbaikan berterusan yang diguna pakai untuk menghapuskan sisa dan mengurangkan variasi yang terdapat dalam sesuatu proses yang mellibatkan penghasilan produk dan servis. Selain itu, Lean Six Sigma merupakan proses penyeragaman yang didefinasikan sebagai kemampuan organisasi untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan secara konsisten dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Prinsip Lean digunakan untuk mencapai matmalat dengan menggunakan alat seperti kaizen, organisasi tempat kerja. Manakala Six Sigma pula cenderung dalam menggunakan analisis data statistic, reka bentuk eksperimen dan hipotesis.

Pelaksanaan yang sempurna dimulakan dengan pendekatan prinsip Lean dengan memastikan tempat kerja efisien dan efektif, mengurangkan sisa, dan mengaplikasi peta aliran nilai atau pun Value Stream Mapping (VSM) untuk meningkatkan pemahaman dan hasil. Sekiranya masalah didalam proses masih terjadi, maka alat statistik Six Sigma yang lebih teknikal dapat digunakan.

Berkebolehan Untuk Menghapuskan Ralat Dalam Proses Perniagaan

Dari perspektif organisasi, dengan memperoleh sijil Lean Six Sigma membolehkan individu untuk mendemonstrasi usaha penambahbaikan berterusan dan memperoleh hasil proses yang lebih stabil dan yang boleh dijangka. Oleh itu, dengan adanya sijil Lean Six Sigma, anda dapat mengubah dan membolehkan organisasi dengan memperoleh lebih banyak hasil dengan mengenal pasti dan menghapuskan ralat yang sebaliknya akan membawa kepuasan pelanggan yang lemah dan membawa kerugian kepada perniagaan.

Boleh Meningkatkan Proses Perniagaan

Sejurus mendapat sijil Lean Six Sigma, anda akan memperoleh pengetahuan untuk mengenal pasti ciri-ciri proses pembuatan dan perniagaan organisasi. Selain daripada itu, ianya dapat mengukur, menganalisis, mengawal dan memperbaiki ralat yang terdapat pada organisasi. Kemahiran ini sangat penting untuk menjadi batu loncatan untuk para graduan baharu ketika mencari pekerjaan kerana anda mempunyai pengetahuan untuk mengenal pasti ciri-ciri proses pembuatan dan perniagaan organisasi. Dan sebagai Six Sigma professional yang diperakui, anda juga akan mempunyai keupayaan untuk menjalankan semakan lengkap tentang amalan organisasi semasa dan untuk mendapat pemahaman yang sangat jelas tentang kesannya terhadap prestasi kualiti.

Kebolehupayaan untuk mengekalkan peningkatan kualiti dalam organisasi

Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan Lean Six Sigma, anda dapat membangunkan keupayaan untuk mencapai tahap peningkatan kualiti berterusan yang diperlukan dalam persediaan organisasi, terutamanya bagi mereka yang berada dalam pengurusan tertinggi. Mengekalkan penambahbaikan kualiti memerlukan proses pemantauan rapi untuk memastikan terdapat sedikit atau tiada penyelewengan dan mengambil langkah pembetulan untuk melancarkan projek yang mungkin tersasar dari landasan.

Pengaplikasian Lean Six Sigma di pelbagai industri.

Dengan mempunyai sijil profesional Lean Six Sigma, memudahkan individu untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri secara menyeluruh, daripada Teknologi Maklumat dan Keselamatan kepada industri kesihatan, perbankan dan kewangan kepada pembuatan automotif. Hal ini demikian kerana, permintaan untuk pakar kualiti yang mempunyai sijil dan iilmu pengetahuan tentang Lean Six Sigma yang diperakui sangat tinggi merentas sektor.

Kebolehupayaan untuk mengukur manfaat projek dari sudut kewangan.

Sejurus anda menghabiskan kursus dan pensijilan Lean Six Sigma, anda akan berupaya untuk memahami dengan jelas bagaimana untuk mengukur faedah kewangan selepas pelaksanaan projek Lean Six Sigma. Kemahiran pengurusan kewangan dan penilaian risiko merupakan skil yang sangat berguna sekiranya anda merupakan pekerja di peringat pertengahan dan atasan, professional Six Sigma mempunyaii peluang yang sangat naik untuk meningkat ke jawatan pengurusan kanan di beberapa perusahaan terbesar dan paling menguntungkan di seluruh dunia, termasuk syarikat seperti Verizon, GE dan IBM.

Kursus ini membantu anda untuk Memupuk Keupayaan Pengurusan dan Kepimpinan

Latihan Lean Six Sigma menyentuh pelbagai teknik dan pengetahuan untuk mengurangkan kos, meningkatkan hasil dan cara untuk meningkatkan kecekapan proses perniagaan. Dengan pensijilan Lean Six Sigma, anda juga akan dapat meletakkan diri anda sebagai ejen perubahan dalam organisasi, menerajui peningkatan kualiti di seluruh tenaga kerja dalam sesebuah organisasi dan juga dapat memperkukuh set kemahiran kepimpinan anda. Untuk melakukan perubahan dalam sesebuah organisasi bukanlah satu hal yang mudah. Individu tersebut haruslah mempunyai satu ciri kepimpinan yang tinggi dan juga ilmu yang cukup terutamanya perubahan tersebut meliputi kemahiran Lean Six Sigma.

Mudah untuk mendapat pekerjaan dalam mana-mana industri

Kepelbagaian industri dan sektor yang menggunakan Lean Six Sigma, individu yang mempunyai kelayakan Lean Six Sigma akan dapat mencari pekerjaan dengan lebih banyak dalam mana-mana industri pilihan mereka. Lean Six Sigma merupakan metodologi yang sejagat kerana boleh diaplikasikan dalam mana-mana industry. Antara industri yang berjaya dalam menggunakan metodologi Lean Six Sigma selain daripada sektor pembuatan ialah, aeroangkasa, elektronik, telekom, perkhidmatan perbankan dan kewangan, sumber manusia, pemasaran dan banyak lagi industri.

Ia dapat memberikan Pengalaman ‘Hands-On’ Dalam Pengurusan Kualiti

Tidak seperti pensijilan yang lain, latihan Lean Six Sigma pada kebiasaannya akan melibatkan kegiatan ‘hands on’ pada projek industri dan pengalaman dengan pelaksanaan prinsip teori kepada senario kehidupan sebenar. Sebagai individu yang mempunyai pengetahuan Lean Six Sigma yang diperakui, anda akan memperoleh pengalaman berharga sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Dengan mempunyai ilmu Lean Six Sigma, anda boleh terlibat secara terus dalam projek penambah baikan berterusan yang dibuat oleh organisasi anda.

Lean Six Sigma Organization menyediakan pelbagai peringkat latihan Lean Six Sigma seperti Yellow Belt, Green Belt, Black Belt dan Master Black Belt. Perunding dan pelatih kami mempunyai pengiktirafan Lean Six Sigma selama beberapa tahun kepada pelanggan daripada industri yang berbeza. Untuk makluman anda, Lean Six Sigma Organization merupakan organisasi penyedia latihan yang berakreditasi oleh IASCC dan Council for Six Sigma Certification. Kami menawarkan harga terbaik untuk latihan dan pensijilan Lean Six Sigma di Malaysia dengan pelatih yang berpengalaman. Peserta kami akan diberikan bahan-bahan latihan secara percuma. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan latihan dan pensijilan Lean Six Sigma, kunjungi lawan web kami di https://sixsigma.org.my/ dan hubungi kami di +603 7873 8485. Wakil kami bersedia untuk menjawab pertanyaan anda mengenai latihan yang kami sediakan. 

Filed Under

SHARE THIS